Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 12 November 2013

FRUIT TART

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat. Juga selamat menghadapi peperiksaan SPM bagi adik2 yang dikasihi. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Apa n3 kali nie agaknya ye? Saya malas nak masak semalam untuk makan malam, sebab che abang pun tak nak makan. Jadi malamnya kami ngap2 je benda yang mudah2 dimakan ikut selera. Memandangkan buah2an pun ada sedikit lagi dalam peti dan kulit tart lebihan hari tu pun ada lagi masa buat tart buah dan cheese tart. Maka dengan itu malam ini kita makan fruit tart. Ini kali ke tiga saya buat fruit tart, tak jemu2 le pulak. Ikut resepi CMG nie memang senang, mudah, cepat dan sedappppp!!!!! Saya makan tak berhenti2 macam makan nasi pulak, menyelerakan sungguh...........kalau boleh nak sekali masuk je dalam mulut nak ngap, tapi mulut kecik pulak hahaha........

Sebelum nie ada gak buat guna resepi kastard yang buat cream puff tu tapi yang ini lagi ummpphhhhh!!!!! Untuk kawan2 yang ingin mencuba boleh lah layan resepi nie.......adiossssss!!!!!!!


FRUIT TART
Resepi : CMG

Bahan Kulit Tart :
150 g tepung halus / gandum
25 g gula aising - diayak
70 g mentega
1 biji telur - dipukul sedikit
1/2 st esen vanila

Bahan2 Kastard :
1 cawan susu segar
1 1/2 sb tepung kastard
1 1/2 sb gula halus
1 st esen vanila
1 sb mentega
sedikit coklat susu - dicairkan
Buah2an - kiwi, strawberry, anggur dll

Cara2 :
1. Untuk Kulit Tart :-
- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk sehingga menjadi seakan2 serbuk roti, guna hujung jari sahaja.
- Tuang esen vanila dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan doh sekejap.
- Sediakan acuan tart, terap dan kemaskan tepinya. Cucuk dengan garfu pada dasar doh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit.

2. Untuk Kastard :-
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanila dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga sebati. Masak atas api kecil sehingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanila dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
- Ambil kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya (supaya tart tidak mudah lembik). Sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah2an yang telah dipotong. Hidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan