Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 31 Mei 2012

TEPUNG PELITA

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Dah makan malam ke belum? Saya sambil2 tengok hoki antara Malaysia Vs NZ...ngap2 tepung pelita yang saya buat malam semalam. Buat semalam, balik kerja hari nie baru dapat ngap. Sedap sangat2.....resepi mudah sahaja......yok layan.......


TEPUNG PELITA

Bahan2 Bawah :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan air
1 sudu kecil esen pandan - kalau guna air pandan lg best.....nanti kuih wangiiii...
Pewarna hijau
Sedikit garam

Campurkan semua bahan di atas dan masak hingga adunan agak pekat. Tuang ke dalam acuan dan biarkan ia sebentar. Sementara tu boleh buat yang atas pula.


Bahan2 Atas :
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan - saya guna santan kotak - untuk rasa lemak boleh kurangkan air & lebihkan santan
 Garam

Campurkan semua bahan dan masak hingga adunan pekat. Kemudian tuang di atas adunan hijau tadi. Biarkan sebentar, masukkan ke dalam peti ais.





Rabu, 30 Mei 2012

VADAI

Assalamualaikum.....


kacang dal tak berapa nak halus, blender problem kot....nak kena beli baru le tu

VADAI

Bahan2 :
200 gm kacang dal - rendam 6 jam
1 tangkai daun kari 
2 tangkai cili kering - potong kecil2
1 biji bawang besar - potong dadu
2 sudu teh jintan manis
Garam

Cara2 :
1. Bersihkan kacang dal dan kemudian kisar halus tanpa meletakkan air.
2. Di dalam mangkuk, satukan kacang dal, daun kari, cili kering, bawang besar, jintan manis dan garam. Gaul hingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan, bulat2kan dan leperkan sedikit dengan menggunakan plastik. Susun di atas plastik yang telah disapu sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat .
4. Goreng dengan minyak yang sederhana panas dan letakkan sedikit daun kari, masak hingga kekuningan dan toskan. 



Selasa, 29 Mei 2012

KUIH DADAR

Assalamualaikum.........

Selamat malam semua. Tengah buat apa tu? Saya dok tengok Masterchef Selebriti Malaysia. Tengah dok tengok Azwan Ali memasak.....sian dia...nk potong sayur terpotong tangan pulak....hahaha.....habis ler chef2 yang makan tu jadi raja bersiong...hikhikhik..


Memang kelakar tengok dia orang dok memasak...bersepah satu dapur. Tengok Dr Faiz memasak, steady jer..cooollllll....boleh pulak tolong kawan2 yang lain masak.....syabassss!!!!! ..."♥♥♥♥"....Dr Faiz. Semua dok masak burrito dengan cara yang tersendiri. Macam2 gaya yang ditonjolkan....Azwan Ali punya lawak masakannya sampai juri chef ketawa meleleh2 airmata...sabar je laa. Semoga yang terkeluar pada malam ini akan terus berjuang dalam bidang masak memasak walaupun tak tau apa yang dia masak....huahuahua

Saya sambil tengok tv sambil makan kuih dadar yang buat tadi. Jadi la juga 'burrito' saya..hahaha.....Dah lama tak makan, bila makan tak cukup pulak 3 ketul. Tak apalah lain kali buat lagi. Inti saya tak buat tapi mak yang buat...sedap sangat sebab ada letak lempok durian.









Isnin, 28 Mei 2012

LOGO HALAL

Assalamualaikum.....

Sudah lama rasanya tak buat n3 kat sini. Banyak sangat keje...konon2 la....Balik jer kerja, memang mata nie nak tidorrrr jerr...buat kerja rumah sikit2 terus bammmm. Makan pun ntah ke mana tapi badan tetap gak tak turun...^O^...tak dapek den nak tolonnnn.....


N3 saya kali ini hanya lah ingin berkongsi mengenai status LOGO HALAL di Malaysia. Kita semua sudah sedia maklum bahawa rakyat Malaysia memang menitik beratkan tentang status LOGO HALAL ini. Setiap umat Islam memang diwajibkan dan dituntut untuk memastikan apa yang dimakan @ diminum...datangnya dari sumber2 yang Halal. Di sini ada sedikit info mengenai statusnya, boleh rujuk kat sini. Mengenai logo HALAL yang tak diiktiraf juga ada dinyatakan. Semuanya itu dapat memberi rujukan kepada kita.



Pihak JAKIM juga ada mengeluarkan sijil HALAL di seluruh negara, boleh tengok laman web JAKIM kat sini juga untuk mendapatkan info seterusnya. Ini akan memudahkan lagi untuk kita umat Islam membuat rujukan. Tanpa ada rasa ragu dan curiga...tapi kalau kawan2 masih ada rasa curiga @ ragu2 @ was2....baik lupakan saje la yeee....

Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dariNya..




Ahad, 20 Mei 2012

JANGAN!!!! DARI USTAZ DON

Assalamualaikum......


Siapa Ustaz Don ? Alaaaa...ustaz yang 30 minit tu....tak tengok ke ? Hahaha...ade ke patut panggil ustaz 30 minit....sian ustaz. Saya memang suka sangat2 tengok cerita 30 Minit Ustaz Don. Masa mula2 bersiaran dah memang syok sangat2. Cara penyampaian yang bersahaja tapi penuh dengan pengisian. Setiap butir perkataan memberi seribu pengertian. Memang boleh jatuh cinta la siapa yang tengok rancangan ustaz tu...penuh dengan ilmu dan maklumat yang kadang2 kita memandang remeh. 

Yang paling saya suka bila ada satu episod yang ustaz dok cakap, memperbetulkan pasal sembahyang iaitu pasal rukuk dan sujud dengan cara yang betul. Memang ada yang menafikan bila saya buat teguran sebab dia orang cakap saya memandai2 sebab saya bukan alim ulama, masa saya belajar dulu la, lama dah...jadi saya tak boleh nak mempertahankan hujah saya dengan hadis atau apa rujukan...maklum lah saya masih belajar masa tu, ilmu yang dapat pun masa sekolah2 dulu..jadi kita amalkan. 


Bagi saya memang beruntung sangat2 dapat tengok rancangan ustaz tu, rasa kalau tertinggal episodnya macam rugi pulak. Perkara yang kita nampak biasa2 sahaja tapi sebenarnya benda itu salah @ tidak berapa betul. SYABAS!!!!! Buat Ustaz. Semoga ustaz berjaya dalam kerjayanya dalam mengembangkan ilmunya.

Ok la, saya nak kongsi satu ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Don, JANGAN!!!!!!!!! DARI USTAZ DON. Apa yang jangan tu ustaz ? Sebenarnya saya ada terbaca dari n3 sorang kakak nie pasal sesuatu yang disampaikan oleh ustaz Don yang saya baca di sini . Kalau tak pun saya share sahaja kat sini, ok gak kan...jom tengok....


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don:

1. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.

2. Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.

3. Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

4. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.

5. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

6. Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.

7. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

8. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

9. Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

10. Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

11. Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

12. Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

13. Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

14. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

15. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

16. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam


Semoga kita semua akan bersama2 mendapat manfaatnya...AAAAMINNNNNNNNN




DRAGON FRUIT & APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum.......

Sudah lama rasanya tak buat n3.....kesibukan melanda weekend nie. Sibuk kemas rumah sikit2 sebab nanti nak pindah dah....rumah baruuu...yuhuuu!!!! Tak sempat nak masak apa2 penat tak larat sampai nak makan pun tak berselera. Asyik ngap roti paratha je dengan sambal sardin...itu jer yang terdaya nak di makan...huhuhu...

N3 saya kali ini Dragon Fruit & Strawberry Smoothie. Memandangkan tak berselera nak makan jadi ngap smoothie je la...


 DRAGON FRUIT & APPLE SMOOTHIE

Bahan2 :
1 biji buah naga
1 biji apple - tak perlu buang kulit,buang tengah sahaja
3 sudu besar gula
200 ml susu segar

Blend semua bahan hingga halus. Boleh dihidangkan secara terus @ ditambah sedikit ais. Saya suka tanpa ais...



Isnin, 14 Mei 2012

SOTONG MASAM MANIS

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Saya hari nie puasa jadi masak yang ringkas sahaja sebab tak ada selera nak makan. Mungkin sebab penangan makan banana smoothie semalam kot. Sahur pun pagi tadi dengan segelas banana smoothie lagi, tu yang rasa kenyang jer memanjang, walaupun kadang2 rasa nak pitam....lapo kot!!.

Jadi berbuka malam nie sekadar buat Sotong Masam Manis sahaja dengan ikan kering kurau. Jadi lah kan dari masak banyak2 nanti tak habis pula. Sudah le che abang pergi kursus, dah tentu tak ada sapa2 nak habiskan lauk. Makan sekadar jamah2 saja.


SOTONG MASAM MANIS

Bahan2 :
3 ekor sotong sederhana besar
1 biji bawang besar - potong 8
1 biji timato - potong 6
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
4 biji cili padi
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar soso tiram
1 sudu besar sos ikan
2 keping daun limau 
Air
Gula
Garam

Bahan2 Tumis :
3 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang serai - titik
1 inci halia - titik

Cara2 :
1. Potong sotong kasar2, cuci dan bersihkan.
2. Tumis bahan tumis hingga naik bau wangi. Masuk pula sotong, cili hijau, cili merah, cili padi, daun limau, semua jenis sos, gula dan air.
3. Setelah kuah sedikit pekat masukkan bawang besar dan tomato. Kacau sebentar dan angkat .





Ahad, 13 Mei 2012

BANANA SMOOTHIE

Assalamualaikum.......

Salam Tengahari buat semua. Apa menu makan tengahari nie? Saya tak masak sebab che abang keluar pergi opis ada urusan katanya. Makan tengahari saya hari ini....mmmmmm cuma segelas Banana Smoothie. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu diet yang sihat. Minum segelas dari tadi tak rasa lapar pun....puassss!!!!


BANANA SMOOTHIE

Bahan2 :
4 biji pisang montel
400 ml susu segar @ susu cair
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar madu
1 biji lemon - ambil jusnya

Blend semua bahan2 bersama. Boleh dinikmati terus. Kalau nak rasa sejuk boleh tambah ais sedikit....sedapppppp




SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum.......



Selamat Hari Ibu kepada emak saya Puan Seti Khatijah Mahmud.....semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta dilindungi Allah s.w.t. Terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan...Saya sayang makkkk.....Tidak lupa juga kepada mak mertua saya di Perak sana, Puan Robisah....dengan harapan dikurniakan juga kesihatan yang baik.

Ucapan Selamat Hari Ibu juga kepada ibu2 di seluruh dunia. Semoga diberi kesabaran dan kekuatan di dalam mendidik anak2 hingga ke akhir hayat....



Sabtu, 12 Mei 2012

HAPPY NURSES DAY

Assalamualaikum.......


Hari Jururawat datang lagi pada hari ini 12 Mei 2012. Sempena menyambut Hari Jururawat hari ini, saya ingin mengucapkan selamat bekerja dengan ikhlas dan dedikasi kepada ipar duai dan juga sepupu sepapat saya yang telah berkhidmat sebagai Jururawat termasuk ler yang kerja doktor ke...pembantu doktor ke...Juru-xray ke , termasuk juga lah kepada semua yang berkhidmat sebagai Jururawat tak kira di mana juga mereka berada.

Saya berharap semua dapat memberi khidmat yang terbaik kepada para pesakit tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Besar sungguh pengorbanan Jururawat kepada kita semua sebenarnya. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala penat lelah mereka. 


Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua adik2 jururawat di Mahkota Medical Centre (MMC), adik2 yang praktikal yang telah memberi rawatan terbaik kepada saya semasa saya menerima rawatan selama 4 hari pada tahun lepas. Semoga mereka sukses dalam kerjaya mereka. Diaorang memang nampak betul2 suka dengan kerjaya sebagai Jururawat...bersemangat sungguh saya tengok masa mereka melayan kerenah para pesakit. Semua mereka nampak begitu cergasss.....SYABASS!!!!







Selasa, 1 Mei 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Assalamualaikum.........


Selamat petang semua. Hari nie lambat sikit nak buat n3, maklum lah banyak aktiviti hari2 cuti nie. Baru balik dari menghabiskan duit gaji nie.....beli tak hingat kauuu.....Menghabiskan duit dari hari sabtu sampai hari nie tak habis2 juga...ada jer benda yang tak dibeli2.....sebenarnya lebih nak merayap2 kat soping komplek tu...hahaha!!!!!jangan mare ye che bang......(^__*)


N3 saya kali nie ialah Hokkaido Chiffon Cupcakes. Dah lama sebenarnya nak buat bila nampak kat dapur ita dulu tapi oleh kerana bekas ramekin tak der jadi tangguhkan dulu, alasan sebenarnya....huhuhu. Bila dah beli ramekin dengan kak jee, pun masih tangguh2 kan lagi...sibuk buat benda lain dulu. Baru2 nie ternampak n3 shiela, cantik2 tengoknya geram pulak. 


Belum sempat saya nak buat, ummiakid pulak dah tunjuk hokkaido nye....mmmmm, menambahkan lagi kegeramanku. Tak boleh nak tunggu lagi, nak kena buat juga. Senang jer nak buatnya, saya godeh2 pagi tadi dapat lah dalam 16 cup sahaja. Ramekin saya pun kecil2 sahaja, kalau saiz besar tentu dapat dalam 8-10 jer kot.

Bagi saya rasanya biasa2 sahaja cuma ada kelainan sikit sebab adanya filling kastard tu. Tak manis, jadi kalau siapa2 yang nak buat dan nak rasa manis mungkin boleh tambah gula pada filling tu....


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Bahan-bahannya :-
4 biji Kuning telur
30 gm Gula Castor
1 sudu kecil Vanilla ekstrak
40 ml Susu Segar
40 ml Minyak Jagung
55 gm Tepung Cake - Superfine
20 gm Tepung Kastard
1 sudu kecil Baking Powder

4 biji Putih Telur
1 sudu kecil Cream of Tartar
80 gm gula Castor

Caranya :-
1. Panaskan oven pada suhu 170 C selama 20 minit. Sediakan 8 biji ramekin bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
2. Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali.
3. Pukul kuning telur dan gula menggunakan hand whisk. Tambahkan vanila ekstrak atau esen, susu, minyak dan pukul rata.. Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
4. Dalam bekas lain ~ Pastikan bekas dalam keadaan kering . Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Tambahkan 80 gm gula sedikit2 dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks).
5. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung. Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama .
6. Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 90% penuh. Jangan risau kalau penuh sangat, sebab kek ini akan naik dan turun balik sedikit selepas di masak. Hentakkan sedikit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
7. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak mengikut kapasiti oven masing2.
8. Bila sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Renggangkan sedikit pintu oven dalam 10 - 15 min dulu bagi dia sejuk perlahan2. Jika tidak nanti kek itu akan kecut atau menurun mendadak. Selepas itu baru keluarkan dari oven dan sejukkan.
9. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling custard kedalamnya dengan menggunakan pipping bag dan nozzle yang bersesuaian.


~~FILLING CUSTARD~~
2 biji Kuning Telur
1 sudu besar tepung Custard
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Gula Castor
1 cawan Susu Segar
1 sudu besar Butter

Caranya :-
1. Satukan kesemua jenis tepung dan gula. Gaul rata dan bancuh dengan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau jangan sampai berkutil. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dipukul dan kacau rata hingga mesra.
2. Dengan kaedah double boiler (masak di dalam bekas yg berisi air) kacau custard tu hingga pekat dan licin. Kacau sentiasa supaya tidak berkutil. Apabila sudah cantik pekat dan licin, masukkan butter tadi dan kacau rata.
3. Sejukkan sebentar custard yang telah siap di masak. Kemudian masukkan ke dalam piping bag bernozzle dan cucuk ke dalam kek yang telah sejuk, picit masuk ke dalam tengah kek tu sebagai fillingnya.


lembut dan gebuuuuuu......selamat mencuba dan mencuci mata....