Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum......


Selamat pagi....dah pagi sekarang nie tapi masih tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin sebab tadi dok godeh2 kek, lepas tu ngap terus mata celik jer macam mata hantu. Mak saya cakap kalau tak tidur malam tu maknanya orang tu nak jadi musang....hahaha!!!!masa kecik2 dulu la, takut sangat nanti jadi musang, pejam jer mata terus tidur..hehehe....


N3 saya kali ini, Devil's Food Chocolate Cake.......susah benor nak menyebutnya, berjela2 namanya. Nama dia susah tak apa yang penting kek nya memang marbelessss. Kek dah buat petang tadi tapi malam baru deko. Lepas kek masak tadi, saya ajak che abang keluar kejap cuci2 mata tapi sebenarnya nak ajak dia makan kat restoran cina, teringin nak makan ayam madu + lemon. Bila balik dah malam baru le terhegeh2 nak mendeko.


Resepi kek ni saya dah simpan lama, dari tahun lepas lagi semasa saya selongkar dapur Ayu. Saya memang suka sangat tengok gambar2 kek Ayu, kebanyakan kek dia berasaskan coklat. Saya tak berapa minat kek coklat tapi bila tengok deko Ayu....boleh juling mata, rasa nak pitam kejap. Mewah dengan coklat....


Lepas tu saya nampak pulak kat dapur Anymz....sabar lagi mungkin sebab tak berkelapangan nak buat. Baru2 nie terpandang pula yatie punya n3 kek coklat tu. Memang tak boleh tahan bila tengok coklat ganache yatie tu meleleh2, terasa macam kek tu dok kat tekak nie. Menguji kesabaran betul....


Baru bercadang2 nak buat ita pula dah potong trip. Lagi la saya jeles tengok keindahan kek ita tu. Ini tak boleh jadi nie, nanti saya dok meleleh air liuqqq...je tengok kek depa semua. Saya kuatkan semangat....dan akhirnya.....taraaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ini lah kek devil saya...deko yang tak sempurna......


ini lah rupanya dalam kek yang telah dipotong....yang ini dalam acuan kecil2 cuma saya kemaskan tepinya sebab kek yang atas tu untuk di bawa balik kampunnnnn.....


Resepinya saya kidnap dari dapur ita ye, memang tak rugi mesti kena cuba bagi hantu2 kek coklat....terima kasih ita atas perkongsian. Moh kita tengok.....

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Sumber : ita masam manis



Bahan Kek Coklat 
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc. (saya guna 5 inc jer, selebihnya dlm bekas kecil2)
Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.


Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila estrack.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.




 Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon - saya x letak
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah - saya x letak


Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah - saya x letak
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair 
Angkat dan sejukkan




Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras


Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur. 
Lap mata pisau dan potong.
  



Sabtu, 24 Mac 2012

KUIH BAKAR JAGUNG

Assalamualaikum......

Kuih nie saya buat petang semalam. Lepas balik kerja terus buat. Petang nie baru nak tayang kat sini. Saya buat kuih nie dia ada rasa lembut sikit tapi makan ok cuma tak kenyal. Mungkin lain kali kena tambah tepung sikit....sikit je untuk bagi kenyal sikit...senang nak potong. Atau pun mungkin kena bakar lama sikit. Kalau tak simpan satu hari baru ler boleh nak potong.

Jom tengok resepi Zana dari MR.............

KUIH BAKAR JAGUNG 

Resipi : Zana08@MyResipi

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum - lain kali nak tambah 1 sb tepung kastard
1 cawan santan (boleh guna santan kotak)
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka 


Cara-cara :
1. "Blend" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan "blend" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (lain kali nak tambah masa bakar untuk lebih garing atasnya).


CARROT CUPCAKE

Assalamualaikum.....

Salam berhujung minggu. Apa perancangan minggu nie wahai teman2ku. Saya niat dihati nak bershopping tapi nampak gayanya macam tak jadi jer sebab langit mendung jer dari pagi tadi. Duduk2 sahaja kat rumah nie bosan juga. Kali ini saya nak n3 carrot cup cake yang saya buat masa nak balik Perak hari tu sebab sepupu che abang kahwin. Terlupa pula nak kongsikan.


Saya buat dalam keadaan tergesa2, dalam masa 3 jam saya buat carrot cup cake dan kek suji untuk di bawa pulang....nak bagi mak mertua rasa.....hehehe. Balik dari kerja terus je buat tu yang kelam kabut. Che abang tak kasi buat tapi nak buat juga. Dari komen yang diterima, kedua2nya dia orang suka. Kek suji tu saya buat dapat 2 biji, yang satu saya buat lapis strawberry...sekejap je licinnnnn..... 


Saya sebelum ni ada pernah buat carrot cake. Kek yang saya buat dulu sedap sangat adik2 saya cakap, jadinya kali ini saya buat lagi tapi dalam bentuk cup, untuk mak mertua merasa pula. Terima kasih buat yatie yang sudi berkongsi resepi kek ni....

Buat dalam cup, senang sikit kalau nak makan...ambik jer satu lepas tu cabut makan senyap2. Jadi tak payah susah2 nak potongkan. Resepi saya masih guna resepi yang sama dari Rinnchan, tak de ubah2 pun cuma tambah hirisan badam untuk habiskan stok badam.


CARROT CUPCAKE
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit garam halus
3/4 cawan gula perang - Yatie guna 1 cawan - sama
3/4 cawan (atau kurang) gula castor - Yatie guna 1/2 cawan - sama
4 biji telur
1 cawan minyak jagung / masak
100 gm mentega - dicairkan
2 cawan lobak merah - diparut
Esen vanila - saya tambah
30 gm hazelnut (boleh ganti kekacang lain)-Yatie tak letak - saya letak badam keping sedikit yang di bakar dahulu

CREAM CHEESE TOPPING :
250 gm cream cheese - Yatie tambah 125 gm - saya ikut asal
4 sudu besar butter
1/3 cawan gula icing- diayak
1 sudu kecil jus lemon

* Cara2nya - Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapukan atas kek yang telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.

Cara saya :
Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati (guna senduk je). Masukkan minyak, butter dan esen vanila dan gaul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
Masukkan carrot dan kekacang dan kacau sebati. Tuang 1/2 adunan ke dalam cup. Buat hingga adunan habis.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kek masak . Sejukkan. Hiaskan dengan cream cheese topping. 

Kalau nak buat cara rinnchan @ yatie pun boleh...hasilnya tetap sama.....sedapppp


isi 3/4 cup....bila masak termuntah2 pulak kek tu.....


yang ini isi 1/2 cup....sedang cantik jer dok dalam cup tu....baru le boleh nak deco dengan cream cheese


ini pula deco saya yang kelam kabut nak buat, dah terlambat nak balik kampung...orang tak pandai dan malas nak belajar begini lah hasilnya...:( , sebab kepanasan dalam kereta gula manik tu dah cair sebab tadi tak sempat nak snap....


kalau tengok rupa topping memang lah tak menarik pun tapi bila gabungan antara cream cheese & carrot cake...memang tak boleh nak dinafikan akan kesedapannya, rasanya mengatasi rupanya yang buruk tu...walllaaaaa!!!!


ini pula kek suji....dapat 2 biji..kecik2 je la saiznya....


ROTI CANAI

Assalamualaikum......

Selamat pagi.....selamat bersantai2 dihujung minggu buat semua. Dah sarapan ke belum? Saya hari nie cuma bersarapan dengan roti canai cicah sambal ikan bilis jer. Pertama kali buat roti canai sendiri, main agak2 jer resepinya. Selalu masa sekolah2 dulu tolong mak buat, tak tebar pun main tarik2 jer atas dulang. Suka sangat masa tu buat ramai2 kelam kabut kat dapur semua orang dok tolong buat.

Moh ler kita tengok resepinya....


ROTI CANAI

Bahan2: (dapat 4 ketul je)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh majerin
1 sudu teh shortening
1 sudu teh susu pekat
1 susu teh minyak masak
Garam
Air

Cara2:
1. Di dalam mangkuk masukkan tepung gandum, gaul bersama semua bahan kecuali air. Setelah digaul sebati baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
2. Setelah itu uli adunan hingga menjadi lembut. Bahagi adunan sebesar bola golf dan bulat2kan. Rendam dalam mangkuk yang telah diisi dengan minyak, jangan banyak2 sangat sekadar untuk mengelakkan adunan dari melekat. Saya perap selama 8 jam.
3. Tebar roti canai ikut suka sendiri, saya tarik2 jer atas dulang. Banyak yang pecah2, tak cukup uli kot sebab saya uli sekejap je tak larat sakit tangan.
4. Panaskan sedikit majerin di dalam kuali. Masak roti dengan api perlahan. Makan dengan sambal ikan bilis.











Jumaat, 23 Mac 2012

SI COMEL

Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua....Dah makan tengahari? Menu apa?...saya makan free lagi hari nie, yang sebenarnya minggu nie....jimat poket..hahaha. Makan tengahari tadi nasi beriani...saya x berapa suka tapi kalau di bagi makan talerrr jer tekak nie, yang tak sedap kalau free boleh jadi sedap uuuu....!!!

Lepas makan tadi, berehat2 kat opis sambil tengok blog2 kawan sambil2 baca berita online. Tiba2 terbaca pulak kisah berita nie, memang malang itu tidak berbau. Nak salahkan siapa, ia memang sudah ditakdirkan kena redha.....
 
Ceritanya mengisahkan seorang bayi lelaki yang baru berusia 18 bulan telah cedera parah kerana dilanggar oleh kereta keluarganya yang mengundur ke belakang di Taman Desaru, Johor. Ia dikatakan, kakaknya telah tertekan handbrek ketika ingin mengambil barang di dalam kereta....Ya Allah!!! dari pembacaan saya ia menyatakan bayi itu terlipat dua badannya dan ini memberi kesan pada paru2 bati tersebut.

Ya Allah....Kau berilah kesejahteraan pada anak itu...Aaaminnnnn!!!!! Memang sungguh menyentuh hati saya. Tak dapat nak dibayangkan suasana masa tu. Kini bayi itu di rawat di Hospital Sultanah Aminah JB.  Moga keluarganya dapat bersabar dengan dugaan Allah ini. Marilah kita bersama2 mendoakan agar bayi itu Mohd Ilham Saddiq Abdul Hakim cepat sembuh.....Aaaaminnnnn!!!!

Kisah yang ini pula berkenaan sepasang suami isteri yang begitu gembira dengan kehadiran 3 bayi kembar mereka, tetapi ia hanya bertahan selama 8 hari sahaja apabila ibu mereka telah meninggal dunia akibat masalah jantung. Kejadian ini berlaku di London.
MATTIAS, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa belaian ibu kandung mereka.

Bayi kembar yang diberi nama Mattias, Lukas dan Sarah akan membesar tanpa ibu mereka. Comelkannn....

 

Kisah seterusnya tentang bayi yang baru dilahirkan, cuba dibunuh oleh ibunya.  Ini kisah yang berlaku di Jawa Barat . Mungkin kerana bayi yang dilahirkan tidak sah tarafnya menyebabkan si ibu malu dan nekad untuk membunuhnya dengan menoreh belakang bayinya hingga menyebabkan luka sepanjang 11.5 sm. Panjang tu.....gila ke apa maknya buat macam tu.

Memang sungguh menyedihkan dan menyakitkan hati. Tergamak dia nak bunuh bayi yang secomel itu. Tak berhati perut langsung, patut kena hukum jer maknya tu. Hukum penjara dan sebat sekali, tak pun hukum gantung sebab cubaan membunuh....Sengallllll!!!!Berani buat tapi tak berani tanggung...monyetttt....

Macam2 cerita tapi mata dah berat...nak berehat kejap....zzzzzzzzzzzzzz







Selasa, 20 Mac 2012

DONUT

Assalamualaikum.....

Makan apa malam nie? Saya tak sempat nak masak...malas sebenarnya, penat tak larat nak masak. Petang tadi ada latihan bola jaring dengan bola tampar. Sebelum tu sebelah pagi main ping pong. Letih betulll....lenguh kaki dan tangan nie. Nak angkat pinggan pun tak larat....cehhhh!!!alasan baik punyaaa...

Untuk mengelakkan kelaparan melanda pada waktu malam nanti, saya buat donut sikit. Dapat dalam 16 ketul untuk satu adunan. Kali ini saya buat guna terap, biasanya saya gentel jer bulat2 lepas tu tekan tengahnya buat lubang, perapkan jadilah donut....senangkan.....

DONUT

Bahan2 :
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh yis kering*
1/2 cawan air suam* (*rendam sampai berbuih)
2 sudu teh gula halus
1 sudu besar majerin
Gula kastor

Cara2:
Campurkan tepung gandum, susu tepung, majerin dan gula, kemudian ramas2 hingga sebati .
Masukkan yis dan gaul hingga menjadi doh. Jika kurang air boleh tambah sedikit dan uli seketika hingga tidak melekat ditangan. Jika melekat bole tambah lagi sedikit tepung.....sikit jerrr...
Biarkan seketika hingga doh menjadi 2 kali ganda.
Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Canai doh dan terap dengan acuan donat. Letak atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Biarkan ia naik lagi 2 kali ganda. 
Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Toskan dan salut dengan gula kastor atau coklat, ikut pada selera masing2 .

* Pesanan dari Rachel Allen - kalau yis dah berbuih jangan biar lama2 nanti dia akan mati .


bengot2 rupanya....first time guna terap


ini je la yang nampak cantik sikit....huahua....



TART NENAS BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum...

Selamat malam.....N3 saya malam nie tart nenas. Siang tadi tengok kat fb banyak sangat yang dok tayang2 tart nenas. Macam2 bentuk yang keluar...geram pulak menengoknya, tu yang tak sabar nak buat. Hari nie tak ada latihan ping pong jadi dapat balik awal sikit. Tak masak pun, che abang dah beli nasi lemak tadi, jadi malam ada masa sikit. Sambil layan citer Pendekar Bujang Lapok...sambil le menggentel tart ni ha...

Resepi tart nie asalnya resepi Pineapple Rools. Saya terpandang masa menyinggah di dapur makcikmanggis. Masa dok terpikir nak buat tu tiba2 terpandang pulak gambar tart buah2an yang menawan di Mirawati Mohamad, jadi saya pun tak jadi nak buat roll. Adunan saya buat tu berminyak sikit tapi ok tak melekat dijari, nanti kang tambah tepung takut keras pulak.

Masa dah siap buat tu baru saya perasan yang saya tak sapu kuning telur atas tart, tu yang tak nampak berkilat.....Rasanya tak seperti tart nenas yang saya buat sebelum nie, tepungnya rapuh sedikit dah sedap sebab terasa berlemak. Tart buah nie tidak rapuh dan terasa garing sedikit sebab ada campur dengan tepung jagung tapi rasa tetap sedap....


TART NENAS BUAH-BUAHAN (RESEPI ASAL PINEAPPLE ROOLS)
Resepi Asal : Indochine kitchen
Sumber : jom masak, jom makan-makan

Bahan2:
200 gm butter
50 gm gula halus
40 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
280 gm tepung gandum
Jem nenas
Pewarna merah, hijau dan oren
Sedikit

Bahan2 sapu:
2 biji kuning telur
sedikit pewarna oren


Cara2:
Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung. Uli sehingga sebati dan tak lekat dijari.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap satunya secara berasingan. Adunan saya agak berminyak, tak perlu tambah tepung asalkan tidak melekat.
Bulat2kan jem nenas, kalau suka banyak boleh letak lebih.
Ambil doh anggaran sebesar ibu jari. Masukkan jem ditengah2nya dan bentuk doh seperti bentuk buah yang dikehendaki .
Sapukan permukaan doh dengan kuning telur yang telah dicampur dengan sedikit pewarna oren.
Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.


ini bentuk apple....versi muda lagi..


yang ini labu....kena penyek...


jambu air....dalam banyak2 hanya 1 biji jer yang betul2 menjadi....mmmmm

Isnin, 19 Mac 2012

ADAB MEMOTONG KUKU DALAM ISLAM

Assalamualaikum....

Salam tengahari semua....Dah makan tengahari ke belum? Saya belum makan lagi...lambat sikit nak habiskan kerja sikit.....sambil2 tu saya nak kongsi sikit adab memotong kuku cara Rasulullah S.A.W.

Kita semua sudah sedia maklumkan, kebersihan kuku memang dititikberatkan di dalam Islam. Ia melambangkan kesucian disamping dapat menjaga kebersihan diri. Lebih2 lagi sekarang nie Kementerian Kesihatan memang menyarankan agar kita semua menjaga kebesihan kuku dan tangan setiap masa bagi mengelakkan virus yang berbagai2 menyerang negara kita sekarang nie.

Oleh itu mari kita bersama2 amalkan cara Rasulullah S.A.W. yang sememangnya kita ketahui segala amalan Baginda amat patut diikuti, sememangnya ada sebab musababnya demi kebaikan umatnya...

Rasulullah S.A.W. Bersabda yang maksudnya :

- Barang siapa yang mengerta kukunya pada :-

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit .
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan .
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat .
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit .
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was2 dan masuk kepadanya kepapaan .
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit .
Hari Jumaat : nescaya keluar dosa2nya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah S.W.T.

* Sebaik2nya selepas kuku dipotong atau rambut digunting ditanam di dalam tanah...bagi mendapat syafaat di Akhirat kelak....Wallahualam.....kalau salah betulkan ye!!!

* Semoga kita bersama2 mendapat rahmatNya...Aaaaminnnnnn.....

Ahad, 18 Mac 2012

PIZA

 Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. Makan apa malam nie? Saya tak makan malam, malas nak masak sebab nak diet kononya tapi sempat juga lah buat piza. Buat atas permintaan che abang yang teringin nak makan piza pulak. Resepi nie saya ambil dari buku resepi Chef Norzailina Nordin , buku Belajar Memasak 2 Langkah Demi Langkah. Memang best buku nie bagi orang yang tak pandai masak macam saya nie. Semuanya jadi mudah.....

Dulu2 ada juga lah buat tapi dah lupa. Sekarang ada permintaan baru ler nak buat balik, tu yang terkial2 jer rupanya. Berposak2 semalam dok pergi shopping kat Jusco sebab dia teringin sangat nak makan piza saya buat sendiri....dia cakap jadi ke tidak yang penting dari air tangan saya, itu yang penting...katanya. Terkebil2 juger ler dok fikir apa yang nak dibeli.

Lepas tu demand pulak, nak tepung nipis bagi yang bawahnya garing, nak bahan2 nye banyak2 bagi penuh.....wahhhhh!!!!banyak pulak songehnye ye.....


nie dia...amik ko, tinggi menggunung....puas hati, nak penuh2 kan....

PIZA
Sumber Rujukan : Buku Belajar Memasak 2
Oleh : Chef Norzailina Nordin
Perkongsian : SriRasa BiDara 


Bahan2 Doh : 
175 gm tepung gandum
1/2 sudu besar yis segera
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula aising
80 ml air suam
Garam secukupnya

Bahan2 Inti :
75 ml sos piza - saya guna sos cili sahaja
4-5 keping daging salai - saya guna sosej & potong bulat2
1/4 cili benggala hijau - hiris dadu
1/2 biji tomato - hiris dadu
80 gm keju mozarella - letak lebih pun tak apa lagi sedap
1 sudu besar oregano kering
Nenas dalam tin - saya tambah
Jagung dalam tin - saya tambah
Cendawan butang dalam tin - saya tambah


banyakkan....sampai menggunung tingginya.....suka che abang, tersengih2...buat 1 jer, udahnya tak cukup...

Cara2nya:
1. Masukkan gula aising dan garam ke dalam tepung gandum. Gaul rata.
2. Bubuh yis dan minyak masak, gaul sebati.
3. Tuang sedikit demi sedikit air suam.
4. Gaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Uli doh diatas papan pencanai. Bila licin dan anjal, letak dalam mangkuk berlenser minyak.
6. Bila doh naik dua kali ganda, uli ke saiz asal dan canai nipis. Letak atas tin berlenser minyak.
7. Sapukan sos piza dan taburkan cili benggala. Ratakan tomato di atas piza. Ratakan hirisan pepperoni diatasnya.
8. Parut keju rata2. Akhir sekali, taburkan oregano. Bakar pada suhu 200C selama 30-35 minit.

Cara saya :
1. Rendam yis dengan air suam hingga berbuih. Campurkan tepung gandum, garam dan gula, gaul sekata.
2. Setelah yis berbuih, campurkan ke dalam tepung bersama2 minyak. Uli hingga menjadi doh yang sebati dan tidak melekat ditangan. Jika adunan terlalu kering boleh tambah sedikit minyak. Perap doh hingga naik dua kali ganda.
3. Tumbuk adunan untuk buang angin dalam adunan. Canai doh nipis dan letak di atas tin pembakar piza.
4. Sapu sos dipermukaan doh. Taburkan hirisan tomato dan cili benggala. Susun potongan sosej dan kuib nenas. Kemudian taburkan keju dikeseluruhan permukaan doh piza. Akhir sekali taburkan sedikit oregano kering.
5. Bakar pada suhu 200C dengan menggunakan api bawah selama 45 minit.


macam2 ada.....tak sabar nak buat lagi..


ini che abang punya.....separuh piza tapi dalam perut dia dah masuk separuh sebenarnya...hahaha
 

ini saya punya...separuh je...


tinggal separuh....rasanya kejap lagi lenyap la kot....

TRIFFLE

Assalamualaikum.....

N3 saya kali ini ialah Triffle....saya tak pernah makan pun tapi nak mencuba. Itu pun sebab strawberry swissroll yang tak menjadi petang tadi. Walaupun rupa swissroll tu tak elok dipandangan mata tapi rasanya tetap sedap. 

Sakit hati melihatnya tak menjadi..saya pun cuba la buat Triffle yang menggunakan dasarnya swissroll. Apalagi yang ditunggu, semua bahan ada jadi terus jer saya menggodehnya. Rasanya sedap, boleh rasa berbagai2 perasa. Masuk je dalam mulut terus kita boleh rasa masam manis lemak berkrim. Memang sedap...

Jom layan resepinya....

TRIFFLE
Sumber Rujukan : Buku Belajar Memasak 2
Oleh : Chef Norzailina Nordin
Perkongsian : SriRasa BiDara

Bahan2 :
90 gm jeli perisa strawberry
400 ml air panas
1/2 sudu teh serbuk agar2
180 gm kek gulung
100 gm buah2an koktel - saya letak nenas dalam tin 
300 ml susu segar
40 gm gula kastor
35 gm tepung kastard
200 ml krim putar
Buah Blackberry - saya tambah


Cara2nya :
1. Belah 2 kek secara memanjang. Hiris kek setebal 1 sm. Susun kek pada dasar mangkuk.
2. Letak buah2an diatas kek tadi.
3. Jerang jeli, serbuk agar2 dan air panas di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih. 
4. Tuangkan jeli ke atas buah2an dan kek tadi. Ketepikan dan biar supaya jeli keras.
5. Campurkan tepung kastard, susu segar dan gula kastor. Kacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat. Tuangkan ke atas jeli tadi. Biarkan kastard sejuk seketika.
6. Putar krim hingga kental. Sudukan krim ke atas kastard. Buat corak dengan belakang sudu. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.



STRAWBERRY SWISSROLL...HANCUSSSSS!!!!!

Assalamualaikum.......

Swissroll!!!!! Nampaknya swissroll saya dah jadi 'lempeng roll'. Ini kali kedua saya buat tapi tak jadi juga. Kali nie saya n3 juga sebab nak tanya kat Hasue ataupun Che Mat Gebu kenapa tak boleh nak gulung. Kalau nak tanya mesti ler kena tunjuk buktikan apa yang dah berlaku. Baru je nak angkat dah pecah, belum sempat nak gulung lagi. Jadi harap2 mereka boleh membantu saya sebab saya tengok dia orang buat tu cantik jer jadinya.

Rupa memang ler tak ada tapi rasa minta maaf ye lagi sedap dari yang beli...hahahaha!!! Saya memang suka swissroll lebih2 lagi kalau dalamnya disapu cream...1 roll sorang jer la jawabnya.....Selalu sangat beli teringin juga lah nak buat sendiri, tapi sayang tak jadi2 pulak. Lepas nie nak minta tolong pada kawan2 yang sudi tolong selesaikan masalah negara nie.....

Sementara tu apa kata kita layan resepi yang best nie......kalau nak yang berkenan dihati, boleh skodeng kat empunya dapur ye...memang tak rugi...syedapppppp!!!!!



STRAWBERRY SWISSROLL (CREAM CHEESE FILLING)
Resepi Asal: Che Mat Gebu
Sumber Rujukan:
 HaSue

Dikongsi : SriRasa BiDara


BAHAN A :-)
2 putih telur gred A
1/8 camca teh cream of tartar
40 gram gula halus @ castor

BAHAN B :-)
40 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)*-hasue guna tepung hongkong
1/8 camca teh baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
20 ml minyak jagung (mat guna minyak masak)
2 kuning telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
15 ml air
25 gram gula halus @ kastor
Secubit garam
Sedikit pewarna merah jambu

BAHAN C : - 
60 g cream cheese
1/4 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
1/4 cawan gula icing
1/2 sudu besar susu sejat
1/2 sudu besar perahan lemon
Strawberry filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satu kan semua bahan2 B dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan.
3. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam no. 2 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan sedikit pewarna dan gaul biar sekata.
4. Tuang dalam loyang kek, ratakan dan bakar 15 minit. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar sejuk sedikit.
5. Putar bahan C sehingga gebu dan berkrim. Sapukan di atas permukaan kek. Selepas itu sapukan strawberry filling di atasnya rata2 dan gulung kemas2. Simpan dalam peti sejuk 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan..


ini lah rupanya....merekah seribu.....kenapa ye...?


SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

Assalamualaikum.....

Ini N3 seterusnya sambal tumis ikan tongkol yang saya ngap tengahari tadi.....Cuba juga nak n3 walaupun dah keletihan nie. Sekejap lagi nak berehat untuk lurus2kan tulang temulang nie lepas tu nak cuba buat swissroll...kalau terdaya la ye....


SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL

Bahan2:
1 ekor ikan tongkol - sederhana besar
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Belacan
1 senduk cili kisar
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara2:
1. Bersihkan ikan. Tumbuk lumat bawang merah dan belacan. Belah 8 bawang besar.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga bahan tumis terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula dan ikan, kacau hingga sebati dengan bahan tumis.
4. Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan potongan bawang besar dan kacau sebentar. Boleh diangkat.


KENTANG GORENG ASAM

Assalamualaikum.....

Bersua kembali kita semua....Dah makan tengahari ke belum? Apa menu agaknya ye...? Menu saya simple jer...penat sangat tak larat tadi dok kemas rumah jer...rasa macam nak tercabut lutut. Makan tengahari saya cuma Kentang Goreng Asam dengan Sambal Tumis Ikan Tongkol. Simple kan......


KENTANG GORENG ASAM

Bahan2:

2 biji kentang - potong kasar
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis
Air
Air asam jawa
Garam

Cara2 :

1. Tumbuk  ikan bilis, bawang putih dan bawang merah hingga halus.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan kentang, garam dan air, masak hingga kentang agak masak.
3. Setelah kentang masak, masukkan air asam dan biar mendidih sebentar, tutup api dan angkat

SARAPAN PAGI YANG SIMPLE.....

Assalamualaikum....

Bersua kembali kita.....Lama sungguh rasanya tidak meng'updated' blog nie. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam seminggu dua nie. Banyak sangat perkara yang tertangguh sebab kekangan waktu . Sibuk dengan kerja di pejabat, kerja di rumah, aktiviti kurikulum lagi, kerja2 hobi yang tak siap2 lagi.

Semua tu kena buat satu2, ikut giliran ye....hehehe!!!Start minggu depan training bola jaring setiap hari selama 2 minggu pada setiap pagi. Adoiiiiii!!!!!....badan yang sakit2 nie pun tak hilang2 lagi....macammana la nak training hari2...alamatnya...mati lerrrr....Jangan tak boleh bangun sudah,nanti satu kerja tak jadi...hukhuk. Semoga Allah S.W.T. dapat memberi kesihatan yang baik sepanjang masa...Aaaminnnnnn.....

N3 saya hari nie tak der la resepi apa pun...cuma nak berkongsi sarapan saya pagi nie. Untuk sarapan saya simple sahaja iaitu Egg In A Toast yang mana, saya ternampak di wall facebook oleh Jalinan Rasa . Penyediaannya begitu mudah dan cepat. Jom layan.....
EGG IN A TOAST
Sumber Resipi : http://noreen-homecooking.blogspot.com/2008/11/egg-in-toast.html
Sumber : Ayu Jalinan Rasa


BAHAN-BAHAN:
Beberapa keping roti putih atau wholemeal (Ayu guna roti wholemeal)
Beberapa biji telur
Beberapa keping cheese
blackpepper

oregano - saya tambah 




CARA-CARA:
1. Susunkan 2 keping roti 
2. Ambil sekeping cheese dan potongkan 4 bahagian kalau boleh biar sama size 
3. Susunkan potongan cheese tadi ke atas roti tadi 
4. Kemudian ambil sekeping roti dan potongkan bahagian tengah 
5. Setelah itu letakkan ke atas roti yang telah di susunkan dengan cheese tadi
6. Pecahkan sebiji telur ke atas roti tadi 
7. Bakar pada suhu 180C selama 10-15 min (suhu bergantung pada jenis oven)
8. Keluarkan dari oven dan taburkan dengan sedikit blackpepper . Saya letak dulu baru bakar.

 


yang ini che abang punya ye....untuk orang yang kuat makan....mmmmm....(*__^)


Rabu, 7 Mac 2012

SANDWICH SARDIN GORENG

 Assalamualaikum.....

Selamat malam dan selamat beristirehat bersama keluarga. Saya hari ini tak de latihan bola jaring jadi boleh lah balik awal. Malam nie saya tak masak nasi malas nak makan malam, cuma saya buat sandwich sardin goreng untuk alas perut. Badan pun penat lagi lenguh sana lenguh sini....lemak badan dah pecah kot hahaha....kalau ye kan bagussss!!


Lepas n3 nie saya nak masuk tidur. Hari nie nak berehat secukupnya, kaki nie rasa berat macam ada bawa batu jer.....main bola jaring baru 5 minit pun dah pancit. Bila lawan dengan budak2 lagi ler terasa penat. Budak2 nie main macam tak ingat dunia, macam lipas kudung. Dia orang nie ingat dia lawan dengan pro agaknya, tak tahu ke puan2 dia nie semua dah tahap kena pencen.... Tak per....Malam nie tidur awal untuk kumpul tenaga, nak lawan budak2 tu besok. Jangan belasah puan2 dia sudah ler.....

Jom kita layan sandwich sardin saya yang mudah disediakan.....

SANDWICH SARDIN GORENG

Bahan2 Sardin :

1 tin sardin - kecil
1 biji bawang besar - potong kecil
2 biji cili merah - cincang halus
2 biji cili api - cincang halus
1 biji limau nipis - kalau masam boleh kurangkan
Garam

 

Untuk sardin, ambil ikan sahaja dan hancurkan. Masukkan bawang besar, cili merah, cili api, air limau nipis dan garam, gaul bagi sekata. Ketepikan .

Bahan2 Salut :

7 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Garam
Serbuk kunyit
Air

Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kepekatan campuran tepung seperti tepung untuk goreng pisang. Kalau suka cair boleh tambah air, begitu juga sebaliknya.




4 keping roti gardenia
Bread Crumbs
Majerin

Sapu permukaan roti dengan majerin. Letakkan bahan sardin diatas roti pada keseluruhan roti, kemudian lapikkan dengan roti yang lain. Macam nak buat sandwich tu....:)
Kemudian potong roti pada 4 bahagian, nak bentuk macammana terpulanglah. 
Setelah itu celupkan roti ke dalam adunan tepung dan kemudian salutkan keseluruhan roti dengan bread crumbs.
Goreng roti seperti biasa. Hidangkan .


ini saya punya....tanpa disaluti bread crumbs


yang ini che abang boleh pilih nak yang mana....tapi nampaknya dia bedal semua...huahuahua!!!!!!