Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 7 Oktober 2012

TALAM PANDAN KACANG MERAH

Assalamualaikum......

Siapa nak kuih Talam angkat tangan. Wahhhh!!!!! ramai yang angkat tangan nampaknya. mmmm.....nak buat macam mane nie, kuihnya dah habis. Sajer2 jer tadi , ajak2 ayam rupa2nya ramai peminat talam rupanya. Tak pe! bagi tidak menghampakan semua orang.....semua orang boleh amik resepi nie, buat sendiri......hahaha......adilkan!!! 


Senang je nak buatnya. Resepi nie saya jumpa masa dok jalan2 kat dapur DJ. Memang teruja tengok warna talam nie, jatuh cinta terus. Memang ramai yang dah cuba resepi dari yatie nie, yang sememangnya pakar dalam membuat berbagai2 jenis talam. Saya kalau nak buat talam mesti rujuk kat dapur yatie.

Jom tengok resepi nie....



TALAM PANDAN KACANG MERAH
Resepi : Yatiememories.blogspot.com
Sumber : DJ@DapurKu SaYang

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci)
1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk
1 cwn air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan sederhana pekat
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
1 cwn gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah

CARANYA
Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.




BAHAN UTK LAPISAN ATAS
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
secubit garam
pewarna hijau

CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.



kacang merah tu saya tak hancurkan sangat sebab saya suka kalau makan nanti terasa kekacang tu....



8 ulasan:

  1. cantik kuih talam Khairiah ni, suka Yatie tngk..tq sudi mencuba dan kena dngn selera Zu..

    BalasPadam
  2. Kak Ros nak sebab kat sini tak ramai yang makan talam. Kak Ros denagn hubby je.So memang tak selalu buat kuih2 tradisi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ros nak ke, dh habis la....erkkkkkk kenyang hihi

      Padam
  3. Salam Zu, akk ni apa je yg ada kcg merah mmg suka la sgt....hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu liza.....saya pn suka yg ada unsur2 kacang merah

      Padam
  4. slm kak Khairiah...nmpk sgt mnarik talam kacang merah tu...klau buat separuh adunan pon ok jugakkan kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. blh ajer Qasey, akak buat lebih utk bg adik2 mkn.....:)

      Padam