Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 16 Jun 2012

SOTO

Assalamualaikum......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke belum? Menu saya malam nie simple jer....menu soto jer. Tengahari tadi tak masak jadi malas nak masak berbagai untuk malam nie, buat soto sebab memang dah lama teringin nak buat. Bukan susah nak buatnya tapi sebab nak makan sorang je, tu yang malas nak buat. Asyik dok tangguh2 je.....

Tapi bila che abang nak makan bihun sup, apa lagi....selitkan sekali sotonya...hihi. Nie kira resepi 2 dalam satu la nie. Senangkan....saya suka soto tak suka bihun sup tapi che abang pula tak suka soto, dia suka bihun sup..ishhhh!!! susahkan bila selera tak sama...layan kan aje leee...


SOTO

Bahan2 :
Ketupat nasi 
1/2 kg ayam
2 sudu besar bawang putih kisar
4 sudu besar bawang merah kisar
4 ketul bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut
1 inci halia
2 batang serai
Air


Cara2 :
1. Rebus ketupat nasi hingga masak.
2. Cuci ayam bersih. Masuk ke dalam periuk semua bahan diatas (kecuali ketupat la...). Saya tak tumis sebab nanti ayam tu pun dah berminyak2.
3. Bila ayam telah separuh masak, keluarkan dan tos seketika. Biarkan sup masak seketika .
4. Lumurkan ayam sedikit dengan kunyit dan garam serta sedikit tepung goreng ayam. Goreng seketika hingga ayam betul2 masak.

Sambal Kicap :

20 biji cili api
2 ulas bawang putih
Gula pasir
Kicap manis

- Blend semua bahan sambal kicap hingga hancur. Gula dan kicap ikut suka masing2 banyak mana nak letak.

Bahan sampingan :
Segenggam taugeh

Sedikit daun bawang - hiris halus
Sedikit daun sup - hiris halus
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak
Bawang goreng
Sohon - digoreng



tak lengkap lagi sebab tanpa adanya begedil....lupa ler pulakkk


2 ulasan:

  1. Aduhai Khairiah... soto bukan menu simple bagiku... hanya maggie aje dengan telor goreng mata kerbau menu simple pada pandangan daku! Walaupun tak ada begedil, tapi tetap juga masih namanya soto...nyum nyummmm sedap!

    BalasPadam
  2. hehehe....Amie,ia dipanggil menu simple sebab semua main campak2 je.....

    BalasPadam