Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 30 November 2011

COKLAT PUFF

Assalamualaikum....
Ok..tadi saya dah n3 apam kukus dari resepi si Rinn...dan sekarang saya nak n3 pulak coklat puff yang saya buat ....entah apa2 jer rupanya...saja jer sebab nak perhabiskan jem coklat...nampaknya che abang suka dan minat...ok la tu ..Jom....


COKLAT PUFF

Bahan-bahan :

puff pastry jenama 'kawan'
kuning telur
jem coklat (untuk resepi boleh klik di sini)

Cara-cara:
1. Bentukkan puff pastry dengan kreativiti sendiri .Sapukan dengan kuning telur atas pastry.
2. Bakar pada suhu 200c selama 45 minit .
3. Letakkan coklat ditengah2 pastry dan taburkan sedikit gula icing diatasnya .

*Boleh letak apa saja yang disukai....

APAM PISANG KUKUS

Assalamualaikum....

Hari nie saya bercuti sebab nak melawat En Mat meninggal...Al-Fatihah untuk en Mat, semoga rohnya dicucuri rahmat..Aaaaminnnn....
Bila sudah berehat di rumah sebab tidak bekerja makanya godeh2 la komputer nak cari resepi2 yang boleh nak dibuat untuk hari nie. Kat dapur ada pisang emas yang nampaknya dah tak lalu nak mamam...apa yek yang boleh dilakukan. Makanya saya tengoklah homepage Rinn dan tengok apam pisang kukus, macam mudah jer tapi saya olah sikit, mohon ampun ye tuan punya resepi. Olah sikit sebab kat dapur ade jem coklat yang saya buat hari tu... Saya memang tak minat apam dan tak pernah buat pun tapi bila dah saya letakkan inti coklat...yummmyyyyy!!!!cedapnyeeee....Kalo nak resepi boleh ler klik di sini . Moh kite tengok resepinya....style saya...


APAM PISANG KUKUS
Resepi :Naz Rinn Chan@rinnchan.fotopages.com

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan je)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega - dicairkan & disejukkan
4 biji telur
1 st baking powder
1st baking soda
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan) - saya guna 1 cawan
secubit garam

cara-cara :
1. Tepung gandum diayak bersama baking powder & baking soda .
2. Pisang dilecek halus dan digaul bersama garam.
3. Pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula dan pukul hingga kembang.
4.Masukkan mentega dan kacau rata .
5.Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan gaul rata. Bila sudah sebati masukkan pisang lecek dan gaul .
6. Sapukan majerin pada acuan dan tuangkan sedikit adunan tepung, letak sesudu jem coklat dan kemudian letakkan adunan tepung diatasnya. isi adunan 3/4 dari acuan.
7. Kukus selama 30 - 40 minit dengan menggunakan api yang sederhana .



Ini lah rupanya apam pisang kukus saya yang telah diisi dengan coklat....sedapppp


Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum....
Kita mulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah......


Pada hari ini bersamaan dengan 4 Muharram , tanggal 30 November 2011 , En Muhamad Zakaria telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.45 pm (malam tadi). Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya ...Aaaminnnnn...marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah buatnya dan jika berkesempatan boleh juga disedekahkan dengan bacaan yasin untuk arwah...

En Mat tetap didalam kenangan saya sebab en Mat seorang bos yang teramat2 baik yang pernah saya ada....pasti saya akan mengingatinya hingga akhir hayat saya...InsyaAllah..

Isnin, 28 November 2011

CHOCOLATE OREO JELLY

Assalamualaikum....
Minum petang nie buat puding oreo yang saya selak2 di blog Ryo. Memang sedap rasanya dan tak berapa nak manis sesuai dengan tekak saya yang tak suka manis2.Rasa oreonya kurang sebab saya letak sikit je...lain kali nak letak lebih banyak sikit..


CHOCOLATE OREO JELLY
Resepi :Ros@Jintan Manis
Sumber : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
8 gm serbuk agar-agar
6 keping biskut oreo (buang putih tengah - kisar halus)
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sb serbuk koko

Cara-cara :
1. Campurkan air, agar-agar, daun pandan dan gula , masak hingga mendidih.
2. Masukkan susu segar, biskut oreo dan serbuk koko (bancuh koko dengan sedikit air supaya larut).
3. Setelah semua sebati, curah adunan ke dalam acuan (saya ramas sedikit oreo dan tabur atas acuan )dan sejukkan baru dihidang .

MEE REBUS TULANG

Assalamualaikum.....
Apa program di hari cuti nie?...Saya lepak kat rumah jer...nak keluar hujan pulak...ingatkan hari nie nak makan luar saja...malas nak masak...malas nak makan nasi....nak yang ringkas2 jer....Semalam ada beli tulang sedikit, udang pun ada jadi hari nie menu nak buat mee rebus. Nak buat mee rebus udang ke? mee rebus tulang?. Che abang nak rasa mee rebus tulang. Tak pernah buat mee rebus tulang lagi...ok laa...nak cuba hari nie dan akhirnya...sedappppp!!!!!lagi sedap dari mee rebus udang....marvelossss....moh kita zasssss...!!!!

MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan :
500 gm tulang
2 biji keledek sed besar (direbus)
2 biji kentang (potong dadu)
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
1 sk halia
2 batang serai
3 sb cili kisar
3 sb kari daging
1 cawan santan
2 asam keping
air
garam
gula


Cara-cara:
1. Masak tulang untuk dapatkan sup tulang.Masak sup seperti biasa. Dah masak keluarkan tulang dan tapis air sup (cuma perlukan air sahaja).
2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Masak hingga naik bau.
3. Masukkan cili dan kari , tumis hingga garing.
4. Masukkan air rebusan, keledek, asam keping, santan, fish ball dan tulang yang direbus. Jika pekat bolehlah ditambah sedikit air (Jangan cair sangat).
5. Masukkan garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat.

Makanan sampingan :
mee (celur)
taugeh (celur)
sawi (celur)
telur rebus
cili merah
cili hijau
bawang goreng
tauhu goreng

* kalau nak lagi sedap boleh tambah udang kering sebagai perencah tumis..



Ahad, 27 November 2011

UDANG MASAK LEMAK NENAS

Assalamualaikum.....
Menu apa hari nie....saya masak simple jer sebab nak pergi jemputan orang bersunat.....maklumlah musim cuti sekolah jadi banyaklah jemputan...kenduri kesyukuran, kahwin, bersunat, qiqah ...dan banyak lagi la...tiap2 minggu dok 'makan freee' jer...hihihi....jadi hari nie masak udang lemak nenas dan tulang ikan masin (ikan merah). Jom.....


UDANG MASAK LEMAK NENAS

Bahan-bahan :
15 ekor udang sederhana besar
1 biji nenas jepun (hiris kasar)
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
3 sb cili kisar
santan kara (secukupnya)
air (secukupnya)
sedikit garam
sedikit gula
2 asam keping (untuk rasa masam yang lemak2 gitu - x letak pun tak pe)

cara-cara :
1. Campurkan semua bahan (kecuali udang) dan masak hingga mendidih .
2. Masukkan udang dan didihkan hingga udang masak dan rasa.


* Goreng tulang ikan masin dan goreng hirisan bawang besar. Hidangkan.

Sabtu, 26 November 2011

LIMA CARA PILEH SAHABAT

Assalamualaikum....

Dikesempatan ini ingin diucapkan Salam Maalhijrah 1433 bagi semua umat Islam walau dimana berada. Semoga diri ku akan memberi sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Moga Allah s.w.t. memperkenankan dan merahmati apa jua yang akan ku lakukan. Moga aku akan lebih bersedia untuk menghadapi apa jua yang mendatang .
Sementara dok menunggu cek abang nak bersiap untuk pergi soping....nak godeh2 la fb....ternampak pulak kat wall pic Dr hamid, so klik la kat profile dr nak tengok apa yang dapat dikongsi oleh dr....aku memang suka tengok fb dr dan juga blog beliau...banyak yang dikongsikan, terlalu banyak faedah yang kita boleh dapat terutama sekali bab2 kewanitaan nie...kalo tanya apa saja di fb dr, pasti dia akan menjawab satu persatu dengan penuh minat....kita dapat maklumat dengan tepat dan kadang2 tu rasa macam nak jer pergi ke klinik berjumpa dengan dr walaupun tak de apa2 sakit...sekadar nak meminta nasihat....tengok dia punya rawatan pun tak lah mahal mana jika nak dibandingkan dengan klinik2 kat Melaka nie (tak semua klinik).
Bila belek2 ternampak pulak cerita pasal 5 cara pilih sahabat yang di share oleh dr....berminat pulak bila baca....memang susah nak cari sahabat yang memiliki kelima2 ciri nie....ada dan mungkin sukar dicari...(aku ada sahabat seperti itu tapi sekarang sudah semakin jauh- aku rindu saat itu)...Jom la kita layan untuk peringatan kita semua (untuk diriku sendiri jugak...) .

LIMA CARA PILEH SAHABAT

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA

Wassalam....

Khamis, 24 November 2011

KEREPEK POPIA PEDAS

Assalamualaikum.....
Tadi dah n3 crochet sekarang nie nak n3 pulak kerepek popia yang di buat malam tadi dan jem coklat yang baru dibuat tadi.....resepi popia goreng tu belasah je sebab selalu order bila hari raya...resepinya pun macam buat kerepek ubi pedas...senang bahan2nya...sementara resepi jem coklat pulak saya skodeng kat blog k.nor....sori ye k.nor...saya kidnap resepi akak nie...saja jer nak cuba buat nak dimakan dengan apa...ntah...tak tahu saja suka2 hati jeee...!!!!moh la kite layannnn kedua2 resepi nie ....


KEREPEK POPIA PEDAS

Bahan A :
1 bungkus besar kulit popia
sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air untuk lekatkan kulit popia)

Bahan B :
3 sb cili kisar
2 sb bawang merah kisar
1 sb bawang putih kisar
1 sb perencah ikan bilis
gula
garam (isi jika tak cukup rasa)

Cara-cara :
1. Gulung sehelai kulit popia dan dihujungnya sapukan bancuhan tepung gandum supaya melekat dan potong kulit popia serong-serong .Buat hingga habis kulit popia .
2. Goreng kulit popia di dalam minyak yang banyak (sekejap saja dah garing) .Tuskan .
3. Tumis bawang putih & merah hingga kekuningan.
4. Masukkan cili dan perencah ikan bilis, tumis hingga masak dan tutupkan api. Terus masukkan popia tadi dan kacau hingga sebati .
5. Sejukkan sebentar dan simpan di dalam bekas kedap udara .


RESEPI HOMEMADE CHOCOLATE FILLING
Resepi asal :Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : (saya buat 1/2 adunan je )
250 ml susu sejat
180 ml air suam
180 gm gula castor
60 gram serbuk koko - saya letak 50 gm coklat masakan
60 gram tepung jagung
1 sb tepung gandum (yg ni k.nor tambah tapi Noorsha x letak)- saya x letak
60 gram mentega
1 susu teh esen vanila

cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
2. Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau blend.
3. Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
4. Masukkan mentega dan vanila.
5. kacau lagi hingga sebati dan pekat.
6. Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

*jem coklat nie saya makan dengan roti...sedap...TQ k.nor...halalkan resepi ni ye...

CROCHET lagi...

Assalamualaikum......
Hari ini nak pergi kerja lambat sikit sebab tak berapa sihat jadi pukul 7 tadi pergi Poliklinik Ayer Keroh...okkk.. tengok orang tak ramai lagi ,dalam 5 orang je..Baru jer 15 minit sampai kerusi menunggu dah penuh...Ya Allah!!!!ramainya...ingatkan tak ramai boleh la dapat rawatan cepat maka boleh la pergi kerja...sebab hari ni ada ceramah keusahawanan untuk pelajar sem akhir...nampaknya macam tak dan nak dapat cepat.....masa menunggu doktor tak lama sebab banyak bilik ada doktor....saya kena bilik no 7...orang yang pertama...ok la dapat cepat....
Masa jumpa doktor, namanya dr Jharmini...manis namanya semanis orangnya....bgtau la dok yang semalam sakit dada rasa menyucuk-nyucuk (asyik sendawa dan terkentut2 sampai muntah tuu..) ...dok kata mungkin sebab gastrik tapi saya tak pernah kena gastrik dan dalam sejarah keluarga hanya abang long jer yang ada gastrik...tiba2 dah sembang2 dengan dok dia minta buat rawatan E.C.G.....Aik!!! E.C.G...rasanya tu untuk rawatan bagi kes sakit jantung...tanya dok 'saya sakit jantung ke?'..tergelak dok tu...'bukan u sakit jantung tapi kita nak pastikan je , kalo ok maknanya gastrik la'...hihihi lega sikit...tapi seram gak....bila nak pergi buat bilik E.C.G....mak oiiii!!! banyaknya buku rawatan dalam kotak tu...adoiiii,lama la kena tunggu tapi tak pe demi untuk kesihatan tunggu jer laa...
Bila dah selesai, jumpa dok balik dan dia cakap jantung baik dan tekanan darah pun elok jadi tak der apa yang nak dirisaukan..Alhamdulillah...cuma dia tak bagi minum air gas dan makan pedas2....baik dokk!!!!!(boleh ke...mmmm...bolehhh,cayok2).Sekali tanya dok dapat mc tak,dia senyum dan cakap 'baik la i bagi u rehat 1 hari'....hehehhe...senang la plak dapat mc,dapat gak berehat....Bila dah balik apa lagi, bukannya berehat....sambil tengok Full House sambil tu siapkan la mengait alas astro yang dah 2 minggu dibuat...tarrraaaaaa!!!!!akhirnya siap...bravooooo....boleh laayang tengokkkk........



yang ini contoh gambar alas astro yang saya buat.....sebelum nie dah buat untuk alas meja kusyen....kali nie nak buat kecik jerr...buat 2 corak.



Ini la hasilnya setelah 2 minggu menyiapkan kain alas astro...corak tepinya tiru crochet yang dah dibuat sebelum nie....


Ini pula contoh corak tepi....

Legaaaaa...dah siap....

Selasa, 22 November 2011

BISKUT NESTUM


BISKUT NESTUM
kakbesah@myresipi.com

Bahan-bahan
1 buku butter / majerin (250g)
1 cawan gula icing(150g) / 1 cawan gula halus(130g)
2 biji kuning telur
2 cawan nestum keluarga dgn madu (yg biasa pun bleh)
3 cawan tepung gandum (300g)& 1 sudu teh baking powder - diayak
lebihan nestum & ceri utk hiasan

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu sambil di pukul dalam 15 saat.
2. Campurkan tepung berselang seli dengan nestum. Uli perlahan hingga menjadi doh yang lembut. berhenti menambah tepung jika doh elok lembut (biar ia nampak lembik sikit kerana kejap lagi doh itu akan mengeras).
3. Ambil sedikit adunan, bulatkan sebesar ibu jari, golekkan di atas lebihan nestum tadi dan leperkan . Susun di atas dulang yang telah disapu butter.
4. Letak ceri yang telah di belah kecil-kecil di tengah-tengah adunan (nak letak benda lain pun boleh ).
5. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit @sehingga masak .

- Biskut yang mudah dan sedap dimakan..rangupp...

BISKUT ARAB KRISTAL

Hari ini Johor cuti sempena keputeraan Sultan Johor....jadi duduk rumah sahaja sebab cek abang kerja....dia tak mahu cuti katanya suka kerja...mmmmm...:(....duduk rumah tengok tv aje laa.Dah tak der apa yang hendak dibuat jadinya kita mengukis hari nie..layannnn!!!!
BISKUT ARAB KRISTAL
Resepi :mesra.net


Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna merah,kuning & hijau (warna kuning dah habis jadi la warna adunan saje)
Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, warnakan setiap bahagian secara berasingan.
3. Ambil secubit pada setiap adunan dan bentukkan adunan seperti bebola dan letakkan di dalam cup kertas (tak letak pun tak pe).
4. Bakar pada suhu 180C dalam masa 25 minit.
5. Bila sejuk taburkan gula halus diatasnya (golek2kan jerr)

Resepi yang tersangat mudah dan sedappp....
 

Ahad, 20 November 2011

CROCHET

Sudah agak lama tidak mengait, lebih kurang 5 tahu jugak la.....bukan malas tapi dah merajuk bila satu beg untuk membuat crochet telah hilang. Puas dah cari tapi tak jumpa jugak , tak tahula dekat mana dah tertinggal beg tu...Nasib baik salinan buku ada kalau tidak alamatnya tak berbuat la lagi...Dulu ada kawan hadiahkan buku untuk crochet dan crosstich, kedua2 buku tu pun dah hilang sebab ada orang yang pinjam katanya sudah dipulangkan tapi entah la ...tak perasan plak bila dia pulangkan..halalkan aje la, tapi yang terkilan nye buku tu hadiah yang dibeli dari korea...sedihnyaa..huhuhu, nak buat macam mane dah tak de rezeki...

Tapi sejak kebelakangan ini teringin sangat nak mengait semula. Buka la balik salinan buku mengait dan tengok contoh2 alas kait yang telah dibuat..mmmmm....ok, maka bermula lah operasi mengait...setakat nie baru start buat 3 jenis alas...tapi tak tau ape ke namanya....tengok je laaa...lalalalala....



Yang atas nie kalo tak silap namanya buah anggur..ye ke??? ader laa rupanya sikit..yang nie saya buat untuk tutp tv...tak nak kasi cek abang tengok....!!!!






Yang merah nie pulak tak tahu nama...tapi saya buat untuk alas oven ku yang comel loteh sangat-sangat...Gambar cara nak membuatnya tak de sebab buku dah hilang jadi tak boleh nak letak...kalo nak cerita cara-cara nak buatnye kat sini...alamatnya mati keras la tangan nie belum tentu siap...
Kalo orang yang dah pandai buat.... rasanya tengok gambar nie je pun dah tau kot...lalalalala!!

CUCUR JAGUNG

Assalamualaikum.....selamat pagi semua kepada penghuni alam maya ini. Hari nie bosan nyeee..cek abang kena kerja plak pada sabtu dan ahad nie. Hari cuti duduk rumah sorang-sorang bosan betul...semalam dah pergi Mydin...ramainya umat kat situ sampai Mydin pun dah jadi panas. Belum gaji lagi bukan main gamai lagi...kalo gaji alamatnya parking penuh laa..


Semalam sarapan pagi buat cucur bawang ikan bilis dengan mee goreng untuk sorang punya makan,jadinya simple je buat. Tengahari pulak buat ayam masak rendang dan daging masak merah. Masak sikit jadi malas nak ambil gambar. Sebelah petang teringin nak makan puding buatlah puding roti karamel....campur sekali dengan fruit koktel tapiiiiii cek abang tak suka plak katanya dah basi. Alamakkkk!!!! memang tak sedap la ble dicampurkan jadi rasanya macam masam2 sikit. Terpaksa lah makan sorang2 nasib buat sikit je. Lain kali tak nak campur dengan adunan tak sedap langsung.


Hari nie cek abang masuk kerja lambat sikit, start pukul 9 pagi jadi buat la nasi goreng cili padi dengan cucur jagung cicah kuah lada. nasi goreng dah habis tak dapat nak ambik gambar. Cucur yang ade lagi jadi tunjukkan gambar cucur je laa.....

CUCUR JAGUNG


Bahan :


2 biji jagung - dihiris halus
tepung gandum - anggaran lebih sedikit dari jagung
1 biji bawang besar
daun kucai - potong kecil2
air
garam


Cara :


1. Campurkan semua bahan dan bancuh dengan air. Agak-agak ssehingga adunan sebati dan sesuai untuk dogoreng.
2. Goreng dengan minyak sehingga kekuningan. Hidangkan bersama kuah lada .


KUAH LADA


Bahan :


2 sb cili kisar
1 sb bawang merah kisar
1st bawang putih kisar
1 sb asam jawa
gula
garam


Cara :


1. Campurkan semua bahan dan didihkan. Rasa dan hidangkan .

Isnin, 14 November 2011

PUDING MAHLIGAI PELANGI



PUDING MAHLIGAI PELANGI
Resepi :Sajionline

Bahan-bahan A :

20 gm kacang hijau - direbus
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan B :

20 gm kacang merah - direbus
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna merah

Bahan-bahan C :

20 gm jagung manis dalam tin
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna kuning

Bahan-banah D :

8 gm agar-agar serbuk
350 ml air mineral
7 gm gula halus
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Kisar halus kesemua bahan A , bahan B dan bahan C secara berasingan . Ketepikan .
2. Didihkan kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati .
3. Bahagikan bahan D kepada 3 bahagian . Ambil satu bahagian dan campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan satu bahagian lagi dengan bahan C .
4. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan .
5. Setelah ketiga-tiga bahagian pekat, tuang ke dalam acuan secara berlapis hingga habis .
6. Sejukkan .

BISKUT MAZOLA

Hari nie nak mengkukis laa..nak buat biskut mazola . Biskut nie mudah sangat nak buatnya,senang bangat uuu.......meh la cuba.....

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan:
600 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend)
600 gm tepung gandum
300 gm gula (blend)
minyak mazola
telur kuning

Cara-cara :
1. Campurkan kacang, tepung gandum dan gula.
2. Masukkan minyak mazola - agak-agak bahan boleh diuli dah cukup la tu.
3. Buat bebola dan leperkan sedikit di dalam loyang dan sapukan kuning telur diatas biskut .
4. Bakar pada 170C selama 15 minit - sampai biskut masak lalalala...

* gambor yelek..tak daa....sebab dah terdeleteeee

Sabtu, 12 November 2011

Puding Roti Pelangi




Rasa tekak nie nak makan sesuatu yang manis sikit...selak punya selak resepi dalam buku terjumpa resepi nie dari senarai semua dengan keadaan kertas yang telah lunyai...rasa-rasanya resepi nie dh lama dok terperap kt dalam buku tu....nampak menarik dan terliur plak...sslurrrpppp!!!!

Dulu pernah buat tapi dah tak ingat macamana rasanya...jadi ble dah buat nie dia x berapa manis dan amat sesuai untuk saya yang memang tak berapa suka yang manis-manisssss....kalo yang suka manis2 macam kek karamel tu boleh tambah gula atau susu pekatnya...jom kita layan puding nie....mohh!!!

PUDING ROTI PELANGI
Resepi:yatiememories

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8 gm serbuk agar2
1/2 cawan gula (boleh tambah kalo suka manis)
2 sb butter/majerin - dicairkan
3 1/2 cawan air
pewarna merah , hijau , oren (ikut suka nak letak warna apa)

Cara-cara:

1. 3 cawan air , serbuk agar2 dan gula disatukan di dalam periuk dan didihkan.
2. Roti, telur, susu pekat, susu cair, dan 1/2 cawan air yang lebih tadi hendaklah di blend bersama. kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah dididihkan tadi.
3. Masukkan butter/majerin cair dan kacau rata sampai mendidih...matikan api.
4.Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna merah, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian warna oren.
5.Kacau cepat2 sampai warna sebati dan sekata.
6.Tuangkan ke dalam loyang secara berselang seli....1 senduk warna merah, ambil 1 senduk warna hijau dan letak di tengah2 warna merah dan ambil 1 senduk warna oren pula dan letak ditengah2 warna hijau. Ulang selang seli hingga habis (ketika melapis perlu dibuat dengan cepat kerana puding roti cepat mengeras).
7.Bila siap, biarkan dingin sedikit dan boleh lah di simpan di dalam peti sejuk. Setelah keras boleh lah dihidangkan...

11.11.11

11 November 2011....sungguh cantik tarikh tu....jadi saya ingin melakarkan sejarah di sini sebagai tarikh keramat dimana bermulanya blog ini diwujudkan...saje jer pilih tarikh tu walaupun sebenarnya blog nie dah lama dibuat cuma tak dipraktikkan sebab tak pandai nak godeh-godeh...takut meletup plak pc ni kang..sape nak ganti....ooopayohhh!!!

Setakat ini tak de apa yang menarik..cuma selalu dok fikirkan pasal En Mat Zakaria yang kini di tahan wad ICU di Melaka (bekas bos lama yg sangat2 baik orangnya). Beliau sakit darah tinggi yang mana telah mengganggu buah pinggang. Moga di hari Jumaat yang amat mulia ini , saya mendoakan agar En Mat cepat sembuh....AAAAMINNNNNN